Connect with us

Oh! Media

Kelantan Catat Kes Dadah Tertinggi, Penjara Penuh Dan Statistik Makin Menakutkan!

Dadah Kelantan

Trending

Kelantan Catat Kes Dadah Tertinggi, Penjara Penuh Dan Statistik Makin Menakutkan!

Isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Kelantan kini berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah tangkapan, reman dan sabitan kes terus meningkat sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan Kosmo, statistik itu diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk AADK, Bahagian Narkotik Bukit Aman, dan Kementerian Kesihatan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Lebih 1,000 kes setiap 100,000 penduduk di Kelantan!

De2ec059 e39f 461d 80c5 004302623e44

Menurut Saifuddin, Kelantan mencatatkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah dengan lebih 1,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, jauh melepasi purata nasional sebanyak 566 kes.

IKLAN

Antara kawasan ‘panas’ yang dikenal pasti termasuk:

  • Kuala Krai
  • Bachok
  • Tanah Merah
  • Pasir Puteh

Selain itu, Pendang di Kedah juga turut tersenarai antara daerah tertinggi kes dadah di negara ini.

Penjara sesak, 80% banduan terlibat kes dadah

Penjara 0972021

Situasi ini turut menyebabkan penjara di Kelantan sesak luar biasa, terutamanya di:

  • Penjara Machang – Kapasiti 1,560, kini menempatkan 3,184 banduan!
  • Penjara Pengkalan Chepa – Kapasiti 1,500, kini dihuni 2,977 banduan!

Lebih mengejutkan, 80% daripada banduan ini adalah pesalah kes dadah.

Pssttt! Dadah bukan saja merosakkan masa depan sendiri, tapi juga masyarakat. Jika ada ahli keluarga atau rakan terlibat, bantulah mereka untuk berubah. Laporkan segera kepada pihak berkuasa sebelum semuanya terlambat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas