Connect with us

Oh! Media

Kedai Makan Diberi Notis Kerana Jual Gulai Kambing Harga Kayangan

Ohmedia 9e173d07 2a10 42f8 9437 e1809cd06781

Trending

Kedai Makan Diberi Notis Kerana Jual Gulai Kambing Harga Kayangan

Padah meletakkan harga sebanyak RM150 untuk 3 pelanggan, sebuah kedai makan di Changlun dikenakan notis siasatan selepas menjual gulai kambing pada harga kayangan sehingga viral media sosial.

Perkara itu membuatkan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menjalankan pemeriksaan ke atas premis tersebut.

Terima notis siasatan

Makanan

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin memaklumkan premis itu telah diberikan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

IKLAN

Berikutan itu, sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu telah pergi melakukan pemeriksaan lanjut dan bertemu pemilik premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan kira-kira jam 11 pagi semalam (kelmarin), pegawai penguat kuasa mendapati premis yang dimiliki warga tempatan berusia 40-an itu menyediakan menu untuk makluman pelanggan dan tanda harga ada dipamerkan.

Hak pengguna perlu dijaga

Makanan

Menurut Muhammad Nizam, Pemilik kedai perlu mengemukakan maklumat lengkap tentang kos penyediaan dan harga jualan gulai kambing itu dalam tempoh enam hari bekerja.

Selain itu, semua peniaga diingatkan supaya meletakkan harga jualan secara berpatutan dan pengguna dinasihatkan supaya menyemak harga terlebih dahulu sebelum membeli. 

Orang awam juga dialu-alukan untuk membuat aduan kepada KPDN bagi memastikan perniagaan dijalankan secara beretika.

#OhmediaNasihat 

Sebagai pembeli, korang disarankan untuk sentiasa menyemak harga makanan sebelum membuat pesanan. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya harga yang ditawarkan tidak masuk akal.

Ohmedia 9e173d07 2a10 42f8 9437 e1809cd06781

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas