Connect with us

Oh! Media

”Kecuali Kalau Saya Curi Duit Rakyat” – Anwar Ibrahim Tolak Gesaan Letak Jawatan

Ohmedia anwar ibrahim maha kaya

Trending

”Kecuali Kalau Saya Curi Duit Rakyat” – Anwar Ibrahim Tolak Gesaan Letak Jawatan

Anwar Ibrahim tegas tak akan letak jawatan kecuali jika terbukti mencuri duit rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil tegas menolak gesaan untuk berundur daripada jawatan selagi beliau tidak menyeleweng atau mencuri wang rakyat.

Menurut laporan Kosmo, beliau menyatakan pendiriannya itu dalam Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar, sambil menyindir pihak yang terus mengungkit kisah lamanya dan menekan dari pelbagai sudut politik.

Jadi, apabila ada yang desak saya supaya turun, saya kata Insya Allah saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat. Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang.

Anwar Ibrahim tegas pertahan jawatan

Anwar Ibrahim

Anwar turut menegaskan, beliau tidak akan melindungi mana-mana pemimpin, termasuk dirinya sendiri, jika terbukti memiliki kekayaan luar biasa atau terlibat dalam penyelewengan.

IKLAN

Kes saya yang lama itu, lamalah, saya jadi Perdana Menteri ini sudah masuk tiga tahun. Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kalau ada kes, saya tak akan pertahan dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab.

Beliau turut menggesa agar kritikan terhadap kerajaan dilakukan melalui Parlimen, dan bukannya dengan cara yang melanggar proses demokrasi.

“Kalau saya kalah, saya letak dengan baik” – Perdana Menteri

Anwar Ibrahim

Bukan tu jer, Anwar turut menyelar taktik politik pembangkang yang sering menggunakan tekanan luar untuk menjatuhkannya, sedangkan proses demokrasi yang betul ialah melalui pilihan raya atau usul di Dewan Rakyat.

Tariklah mana-mana Ahli Parlimen nak sokong dia, sokong. Kalau saya kalah, saya letak dengan baik. Itu cara aman. Kalau tidak, tunggulah pilihan rakyat (pilihan raya).

Pssttt! Dalam politik, ketelusan dan tanggungjawab adalah kunci. Kita sebagai rakyat wajar menilai pemimpin bukan hanya dengan persepsi, tetapi dengan bukti dan prinsip demokrasi yang betul.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas