Connect with us

Oh! Media

Kecoh Satu Taman Lelaki Mengamuk Sebab Jiran Arahkan CCTV Pandang Rumahnya

cctv

Trending

Kecoh Satu Taman Lelaki Mengamuk Sebab Jiran Arahkan CCTV Pandang Rumahnya

Kebanyakan rumah di kawasan perumahan kini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan untuk merakam segala aktiviti kecurian atau kemalangan yang mungkin berlaku.

ADVERTISEMENT

Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk terhadap jiran sebelah rumah gara-gara pemasangan CCTV yang tertumpu di rumahnya.

Dalam video berdurasi 2 minit 523 saat itu, lelaki itu telah menyerang rumah jirannya itu pada waktu malam dan memaklumkan bahawa dia tidak suka akan CCTV yang dipasang asyik ‘menghala’ ke kediamannya.

Hampir saja bertumbuk, ketegangan antara kedua-dua pihak itu akhirnya reda setelah jiran-jiran lain datang untuk menenangkan keadaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan mengapa lelaki tersebut begitu marah memandangkan CCTV itu dipasang hanya untuk tujuan keselamatan bersama.

Kalau aku dah berterima kasih pada jiran, dah tak perlu keluar duit pasang CCTV, sama-sama jaga keselamatan. Benda boleh bincang.

Namun ada juga yang beranggapan lelaki itu inginkan privasi dan merasakan jirannya itu patut mengubah kedudukan CCTV terbabit demi kebaikan bersama.

cctv hala rumah jiran

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas