Oh! Arena
Kecoh Jalur Gemilang Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia! Ini Alasan Diberikan Victor Malaysia
Pengeluar barangan sukan badminton terkenal, Victor Malaysia yang juga merupakan penaja rasmi pemain badminton negara, Lee Zii Jia, tampil memohon maaf secara terbuka. Ini selepas insiden logo Jalur Gemilang pada jersi Zii Jia dipasang terbalik.
Kesalahan tersebut berlaku dalam perlawanan pertama Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada malam Rabu. Menerusi kenyataan di laman X, mereka menzahirkan rasa kesal kepada peminat dan Zii Jia.

Kami amat kesal atas kesilapan ini yang tidak menggambarkan rasa hormat kami terhadap simbol kebangsaan Malaysia.- Tulis mereka.
Victor Malaysia akan semak semula prosedur dalaman…
Victor Malaysia juga berjanji akan menyemak semula prosedur dalaman bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang.
Bendera Malaysia melambangkan identiti dan perpaduan negara dan insiden ini mencetuskan kekecohan di media sosial selepas ianya jelas terlihat di siaran televisyen.

Kemenangan Zii Jia tetap membanggakan
Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia berjaya menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen dengan keputusan 21-13, 21-15, menunjukkan prestasi cemerlang walaupun diselubungi isu jersi.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM