Connect with us

Oh! Media

Kecoh Isu Podcast Dengan Bros Gang TV, ‘Hot Daddy’ Akhirnya Bersuara

Ikhwan Arif

Trending

Kecoh Isu Podcast Dengan Bros Gang TV, ‘Hot Daddy’ Akhirnya Bersuara

Lelaki yang pernah ditahan di atas dakwaan mempromosikan aktiviti persundalan di aplikasi X, Ikhwan Arif akhirnya bersuara selepas dikecam muncul di segmen podcast bersama Youtuber terkenal.

BACA: “Bodoh Level Apa Ni?” – Netizen Kecam Podcast Malaysia Jemput ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu

Menurut Ikhwan Arif, gambar tular menunjukkan dia bersama Youtuber Bros Gang TV hanyalah gambar semata-mata. Katanya, mereka tak ada rekod video podcast pun.

IKLAN

Main game je, tak rekod video

Jelasnya lagi, mereka memang berkawan dan Bros Gang menjemputnya pada hari kejadian untuk melepak dan main permainan video je.

@ikhwanariffff

♬ original sound – Ikhwanariffff

Janganlah awak-awak semua nak memberi andaian atau fitnah benda yang tanpa kesahihan ya. Bila benda tanpa bukti, tanpa kesahihan dah jatuh fitnah. Betul tak?

Lelaki berumur 32 tahun ini berkata lagi, janganlah disebabkan sekeping gambar, ramai yang menganggap Bros Gang cuba mempromosikan aktiviti tak bermoral seperti zina.

Hot 1000x459png 1
Gambar tular

Malah, dia berpendapat gambar mereka langsung tiada unsur zina. Mereka tidak bergambar dengan wanita atau berpakaian menjolok mata.

Dikecam tak tahu malu

Sementara itu, Ikhwan Arif turut menjawab kritikan netizen bahawa dia ‘tak tahu malu’ apabila muncul di khalayak ramai selepas kontroversi menjijikkan.

@ikhwanariffff

♬ original sound – Ikhwanariffff

Lelaki ini mempersoalkan adakah dia sepatutnya menyorok di dalam hutan sehingga sakit jiwa untuk memuaskan hati orang ramai.

Kredit: TikTok Ikhwan Ariff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas