Connect with us

Oh! Media

KDN Kaji Cadangan Adakan Polis Di Sekolah Berisiko Tinggi

Ohmedia kdn Shamsul Anuar

Trending

KDN Kaji Cadangan Adakan Polis Di Sekolah Berisiko Tinggi

KDN kaji cadangan tempatkan polis di sekolah berisiko tinggi. PPS kini sudah berada di 10,245 sekolah seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang mengkaji cadangan menempatkan polis di sekolah-sekolah berisiko tinggi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata yang Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sudah pun ditempatkan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

PDRM mempunyai seramai 10,435 PPS di 10,245 sekolah membabitkan 7,776 sekolah rendah dan 2,469 sekolah menengah… bandar atau luar bandar, kita memang tempatkan pegawai.

Fokus utama: Kawasan berisiko tinggi

Shamsul Anuar

Dr Shamsul menjelaskan bahawa kerajaan kini memberi tumpuan khas kepada sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, sekali gus memantapkan keselamatan pelajar dan warga sekolah.

IKLAN

Beliau memberi jawapan itu ketika menjawab persoalan Abd Ghani Ahmad (PN–Jerlun) tentang keperluan menempatkan PPS di sekolah luar bandar berbanding sekolah bandar.

Aduan kini lebih mudah, pelajar boleh terus hubungi polis

Polis

Dalam sesi sama, Dr Shamsul turut menjelaskan bahawa kerajaan sedang mempermudah proses membuat aduan, termasuk melalui:

  • Peti aduan murid dan ibu bapa,
  • Saluran maklumat melalui aplikasi,
  • Dan ruang terbuka PPS untuk menerima aduan terus daripada warga sekolah, bukan sekadar pentadbir.

PDRM melalui PPS membuka ruang… warga sekolah juga boleh memberi aduan terus kepada polis.

Pssttt! Keselamatan anak-anak kita tak boleh dipandang ringan. Langkah proaktif seperti PPS dan sistem aduan terbuka ini penting untuk cegah segalanya sebelum terlambat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas