Trending
Kanak-Kanak Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap Dalam Lif Selama 9 Jam
Dua orang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Desa Petaling, Kuala Lumpur semalam telah berjaya ditemui.
Menerusi laporan MalaysiaGazette, kedua-dua mangsa rupa-rupanya terperangkap di dalam sebuah lif selama sembilan jam di apartmen Desa Petaling.
Difahamkan, kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu keluar dari rumah untuk membeli pau.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tentang kehilangan mangsa.
Mereka telah terperangkap kira-kira sembilan jam di dalam lif bagaimanapun mangsa ditemui semula dalam keadaan selamat.
Ya, terdapat dua laporan polis telah diterima mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak.
Menurut ibu saudara kepada salah seorang kanak-kanak tersebut, anak saudaranya itu keluar dari rumah untuk membeli pau dan ingin berjumpa dengan rakannya yang berada berhampiran dengan rumah.
Saya diberitahu anak abang saya (mangsa) itu keluar kira-kira 2 petang namun sehingga jam 10 malam masih tidak pulang. Usaha pencarian dilakukan kami sekeluarga di kawasan sekitar, memang risau masa itu.
Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga bersyukur kerana kanak-kanak itu selamat dijumpai.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: MalaysiaGazette | mStar