Connect with us

Oh! Media

Perahu Dinaiki Ke Sekolah Karam, Bomba Giat Cari Dua Pelajar Hilang

Ohmedia perahu Karam

Trending

Perahu Dinaiki Ke Sekolah Karam, Bomba Giat Cari Dua Pelajar Hilang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sedang giat mencari dua pelajar perempuan yang dikhuatiri hilang selepas perahu tambang yang dinaiki untuk ke sekolah karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu, Sarawak.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dan seramai 15 orang pelajar telah menaiki perahu tersebut.

Perahu Karam

Dalam laporan awal, pihak bomba menerima maklumat tiga pelajar dilaporkan hilang namun seorang berjaya ditemui dengan selamat. Manakala 12 pelajar lain berjaya menyelamatkan diri.

IKLAN

Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk dan berjaya menemui seorang mangsa iaitu Abraham Nyoeng, 16 dalam keadaan selamat.

Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17.

Jelas Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak lagi, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada 6.33 pagi.

Ohmedia perahu Karam

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas