Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 9 Tahun Dijangkiti Penyakit Hiv Daripada Ibu, Disahkan Meninggal Dunia

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 28t124717148

Trending

Kanak-Kanak 9 Tahun Dijangkiti Penyakit Hiv Daripada Ibu, Disahkan Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak perempuan yang berasal dari Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia akibat dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Menerusi laporan TribunNews, kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu telah dijangkiti penyakit tersebut daripada ibunya yang sedang sakit tenat.

Nenek mangsa iaitu Kanipah memaklumkan cucunya itu sering menemani ibunya yang sedang sakit. Kemudian suatu hari tubuh ibunya itu mengeluarkan nanah. Pada tahun 2021, wanita tersebut disahkan meninggal dunia akibat penyakit kulit.

IKLAN

Selepas ibunya meninggal, kesihatan mangsa tiba-tiba merosot dan apabila diperiksa kanak-kanak itu didapati menghidap penyakit TB (Tuberkulosis).

Saya baru tahu ibu mangsa meninggal kerana HIV, keluarga dia yang memberitahu waktu dia sedang dirawat.

Mangsa tak pernah tanya tentang penyakitnya tapi dia sering bercakap dengan diri sendiri ‘Kenapa mama tergamak bagi penyakit mama kepada aku?’

Kesihatan mangsa semakin teruk sehingga berat badannya turun daripada 21 kilogram kepada 12 kilogram.

Ibu saudara mangsa yang bekerja sebagai sukarelawan komuniti Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) memaklumkan, jika seseorang menghidap HIV peringkat akhir ia akan menyerang kulit dan mereka akan diberikan rawatan infus dan sebagainya.

Setelah menerima rawatan di hospital mangsa disahkan meninggal dunia pada bulan Oktober lalu.

Setiap malam dia berdoa, membaca al-Fatihah, surah-surah pendek, sambil membawa tasbih.

Difahamkan, orang yang mengidap penyakit HIV berisiko untuk mendapat penyakit TB kerana imun badan mereka lemah.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 28t124717148

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TribunNews


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas