Trending
“Kamu Boleh Bersembunyi Di Sebalik Tentera Peguam Tetapi..”- Isteri TMJ Tuntut Keadilan Buat Bella
Perbicaraan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella sedang menjadi topik yang ‘hangat’ dibicarakan oleh orang ramai ketika ini.
BACA: Saksi Kata Bainun ‘Naik Hantu’ Hanya Kerana Bella Tarik Langsir
Lagi-lagi setelah salah seorang peguam bela Siti Bainun memuat naik foto mereka bersama-sama kelihatan gembira, sedangkan sebelah pihak lagi menderita dari segi emosi dan fizikal.
Bukan saja mendapat perhatian netizen, malah isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menyuarakan pandangannya di Instagram Story, baru-baru ini.
Difahamkan dari kenyataan yang dilakukan, Che’ Puan akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.
Dalam pada itu, beliau turut terkesan dengan apa yang terjadi, lagi-lagi ada pihak yang dianggap ‘pengecut’ dan mahu melarikan diri dari mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat.
Sebelum ini, Siti Bainun mengakui tidak bersalah atas dakwaan mengenai dia mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM