Connect with us

Oh! Media

Saksi Kata Bainun ‘Naik Hantu’ Hanya Kerana Bella Tarik Langsir

bainun

Trending

Saksi Kata Bainun ‘Naik Hantu’ Hanya Kerana Bella Tarik Langsir

Saksi memberitahu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula tidak sukakan remaja istimewa iaitu adik Bella itu berpunca dari satu kejadian iaitu menarik langsir hingga tercabut besinya.

ADVERTISEMENT

BACA: Kena Tempias Kecaman Sebab Wakili Siti Bainun, Peguam Ini Beri Penjelasan

Menurut saksi kelima iaitu Yasmin Nahar, bermula dari situ dia mula memarahi Bella hingga memukulnya dengan teruk, namun lupa tarikh kejadian itu terjadi.

Dalam pada itu, dia turut disuruh oleh Siti Bainun untuk menanggalkan keseluruh pakaian yang dipakai oleh Bella sebelum diikat, lalu disiramkan dengan air panas.

Siti Bainun marah sebab Bella tarik langsir

Melalui laporan Berita Harian, Yasmin ada membuat keterangan kelmarin, memberitahu Siti Bainun mendera Bella hampir setiap hari selama empat bulan dan ia bermula pada bulan Mac 2021 sehingga 24 Jun 2021.

Namun, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dilakukan buatnya iaitu mendera remaja Down Syndrome itu sehingga dirinya mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas