Connect with us

Oh! Media

“Kami Nyaris Masuk Gaung” – Lelaki Baju Merah Tunjal Kepala Pemandu Wanita Pertahankan Diri

Lelaki baju merah tunjal kepala ohmedia

Oh! Tidak

“Kami Nyaris Masuk Gaung” – Lelaki Baju Merah Tunjal Kepala Pemandu Wanita Pertahankan Diri

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan seorang lelaki baju merah memarahi seorang pemandu wanita sehingga menolak kepalanya kerana didakwa memotong secara berbahaya.

Lelaki itu keluar daripada kereta Proton Persona dan terus mengetuk cermin kereta wanita terbabit.

BACA: (Video) Samseng Jalanan Maki Dan Tunjal Kepala Perempuan, Netizen Minta Polis Siasat

IKLAN

Bawa elok-elok sikit. Kau nak main, kau main dengan nyawa orang bab*! Kalau aku sepak kau kat sini, dengan sebelah kau tu aku sepak nanti. Kau jangan nak main gila dengan aku!

Pemandu wanita itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah kerana dia memotong di garisan putus-putus. Lelaki itu tetapi tidak berpuas hati dan terus memaki.

Lelaki berkenaan bagaimanapun telah ditahan pihak polis di sebuah jalan di Cameron Highlands menuju Tapah, Perak untuk disiasat.

Lelaki baju merah pertahankan diri dakwa pemandu wanita memotong di laluan sempit…

Dalam satu perkongsian lain, lelaki itu turut membuat laporan polis untuk melindungi diri dan mendakwa pemandu wanita itu memotong di jalan sempit ketika ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Bukan itu sahaja, akibat tindakan memotong secara berbahaya itu, lelaki berkenaan terpaksa mengelak ke kiri hampir ke curam selain bimbang dengan keselamatan isterinya yang sedang hamil 8 bulan.

Image 35

Lelaki itu kini ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat ini.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas