Connect with us

Oh! Media

“Kalau Sebulan Atau Dua Bulan Kes Turun, Selamat Hari Raya” – KJ

Trending

“Kalau Sebulan Atau Dua Bulan Kes Turun, Selamat Hari Raya” – KJ

Semalam kami melaporkan yang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media meminta semua individu berusia 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan suntikan dos penggalak.

ADVERTISEMENT

BACA : Mulai 1 Mac, Sijil Digital Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak

Bagi penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas, korang juga perlu mengambil suntikan dos penggalak ni untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Menurut laporan mStar, KJ juga telah memberi gambaran bahawa kita semua dapat menyambut perayaan Aidilfitri sekiranya kes jangkitan menurun dalam tempoh lagi sebulan ke dua bulan. 

Orang ramai dinasihatkan supaya supaya kerap melakukan ujian kendiri dan juga mendapatkan dos penggalak secepat mungkin, tambah lagi ketika kes semakin meningkat dengan varian Omicron.

Bukan tu jer, kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun juga digalakkan untuk mengambil vaksin.

Kalau kita mainkan peranan masing-masing, dapatkan dos penggalak dan mengalakkan anak-anak kita mendapatkan vaksin… insya-Allah kalau satu atau dua bulan Omicron ini turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga kita semua dapat beraya tahun ni bersama insan tersayang di kampung. Apapun, sama-samalah kita untuk sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya. 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas