Connect with us

Oh! Media

Mulai 1 Mac, Sijil Digital Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak

sinovac

COVID-19

Mulai 1 Mac, Sijil Digital Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini meminta semua individu berusia 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan suntikan dos penggalak.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Nak Ambil Dos Penggalak? Status Vaksinasi Anda Akan Bertukar Kepada ‘Tidak Lengkap!’ – KJ

Tambahnya, penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas juga perlu mengambil suntikan dos penggalak untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Kalau tidak pada 1 Mac, sijil vaksinasi kuning akan jadi putih.

Penguatkuasaan itu membabitkan semua penerima vaksin warga emas tidak kira jenis vaksin pertama dan kedua serta penerima vaksin Sinovac dewasa.

Penerima Sinovac perlu ambil penggalak

https://www.youtube.com/watch?v=YUojXwXXnyo

Menurut beliau, risiko jangkitan teruk adalah lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Sehingga kini, lebih kurang 1 juta warga emas masih belum mendapatkan dos penggalak.

Kata Menteri Kesihatan lagi, ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak lagi dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron. Ini kerana keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer.

Pihaknya menggalakkan orang ramai menerima Pfizer dan Astra Zeneca, namun begitu apa jua jenis penggalak adalah lebih baik daripada tiada langsung.

Kenyataan penuh sidang media Menteri Kesihatan

Kredit: Harian Metro | Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas