Oh! Artis
“Kalau Kurus Macam Mana Nak Gigit-Gigit” – Almy Nadia Dedah Sebab Fizz Fairuz Tak Bagi Dia Kurus
Baru-baru ini, pelakon Almy Nadia telah mencuri perhatian netizen selepas melakukan live video dan berkongsi sikap sebenar suaminya, Fizz Fairuz.
Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sebelum ini sering menerima kecaman daripada warga netizen hanya kerana bentuk badannya yang semakin berubah.
Dalam pada itu, Almy tampil menjelaskan sebab sebenar suaminya, Fizz Fairuz tidak memberi kebenaran untuk dia menurunkan berat badan.
Dia kata Ma janganlah kurus Ma. Kalau dah kurus nanti awak takde bontot Ma. Kalau kurus, takde bonggol-bonggol nak peluk, nak gigit-gigit.
Malah, aktres itu juga menyatakan Fizz lebih suka dia berbadan gempal kerana masih lagi menyusukan anak-anak dan tidak perlu alami diet yang berlebihan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Fizz yang tidak kisah dengan bentuk badan isterinya dan menerimanya seadanya.


BACA: “Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik” – Almy Nadia Sempurna Di Mata Fizz Fairuz
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM