Connect with us

Oh! Media

“Peguam Bela Johnny Depp Berjaya Buatkan Hakim Terlepas Pandang Bukti Kukuh” – Amber Heard

C1f78668 7fbb 4641 a522 80eea39bb0c3

Oh! Artis

“Peguam Bela Johnny Depp Berjaya Buatkan Hakim Terlepas Pandang Bukti Kukuh” – Amber Heard

Sebentar tadi kami melaporkan yang pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp telah menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard.

BACA : Dituduh Dera Amber Heard, Akhirnya Johnny Depp Menang Saman Fitnah

Menurut laporan Kosmo, Amber Heard mengatakan yang dia kecewa hingga tak terkata dan perkara ini dikatakannya sendiri menerusi akaun Twitternya.

IKLAN

Kekecewaan dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.

Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum.

Heard juga menyangkakan bahawa pihak hakim telah diperdayakan peguam bela Depp dan menyebabkan mereka terlepas pandang dan menghiraukan bukti kukuh dari pihaknya.

Bukan tu jer, Heard juga mengatakan yang dia sedih kerana hilang hak sebagai rakyat Amerika untuk bersuara secara bebas.

Apa pandangan korang? 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas