Connect with us

Oh! Media

“Kaki Tangan Ke Aku Tak Pernah Marah” – Ibu Bengang Cikgu Tepuk Muka Anak Dengan Buku

Trending

“Kaki Tangan Ke Aku Tak Pernah Marah” – Ibu Bengang Cikgu Tepuk Muka Anak Dengan Buku

Di TikTok, tular rakaman video memaparkan seorang wanita naik berang apabila anaknya didakwa ‘ditepuk’ menggunakan buku di bahagian muka oleh seorang guru.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

Dalam rakaman itu, dia sebagai seorang ibu mempersoalkan mengapa guru tersebut menyentuh bahagian muka anaknya sedangkan banyak lagi hukuman lain yang boleh diberikan.

Difahamkan, anaknya dihukum kerana tak bawa Rekoder untuk ujian amali Pendidikan Muzik. Cikgu itu mempertahankan diri dengan mendakwa si anak terlebih dahulu menjawab dengan biadap.

Memang memalukan muka budak. Pukul dengan rotan ke, berdiri pagi sampai malam ke basuh tandas ke cikgu suruh. Takde pun saya bising. Muka anak aku kau pegang kenapa?

Cikgu tersebut mengaku membantai pelajar dan memohon maaf di atas tindakannya itu. Namun dia mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Bagi si ibu pula, dia tidak kisah jika anak dihukum namun janganlah memukul di bahagian muka. Menurutnya, banyak lagi hukuman lain yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

Selepas 12 jam dimuatnaik di TikTok, video tersebut bagaimanapun telah dipadam.

Kredit: TikTok Fayyid Ramadhan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas