
Oh! Artis
Kak KM Buat Aksi Panas Atas Pentas, Undang Kemarahan Netizen
Oleh
Baru-baru ini, seorang usahawan kontroversi, Kak KM berkongsi video di laman Instagramnya berkenaan dia sedang gelek dihadapan khalayak ramai dan ia telah mengundang kemarahan di kalangan netizen.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan Kak KM yang sedang membuat persembahan dangdut untuk menghiburkan para tetamu yang hadir ke festival di MITC Melaka, semalam.

Dalam pada itu, rata-rata warga netizen meluahkan rasa malu dan marah melihat gelagat Kak KM yang sedang bergelek di hadapan orang ramai termasuk kanak-kanak.
Malah, ada juga segelintir netizen mengharapkan agar Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli diberi hidayah untuk berubah ke jalan yang lebih baik.

Saya suka je tengok life Kak KM dan family tapi bukan yang ni.
Masya-Allah, semoga allah ampunkan dosa kalian. Berat suami dia nak tanggung nanti, kesian nya ya Allah. Sama-sama kita doakan suatu hari nanti Kak KM dan seluruh keluarga diberikan taufik dan hidayah. Amin.
BACA: Hati Tergores Melihat Anak Turut Dijadikan Bahan Kecaman, Kak KM Tetap Sayang Netizen
Kredit: Instagram
