Connect with us

Oh! Media

Kadar Penginapan Di Hotel Johor Bahru Dan Muar Meningkat

Artikel 6 20 10

Trending

Kadar Penginapan Di Hotel Johor Bahru Dan Muar Meningkat

Sejak dibenarkan melakukan aktiviti merentas negeri pada 11 Oktober lepas, kadar penginapan hotel di Johor Bahru dan Muar telah meningkat dengan purata 70 hingga 80 peratus.

BACA: Tular ‘Banjir Merah’ di Johor Bahru, Ketua Biro Komunikasi Pulai Tampil Beri Penjelasan

Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan di Desaru Coast Kota Tinggi juga memiliki peningkatan dan kadar penginapannya mencecah 65 peratus.

IKLAN

Industri pelancongan menyepi

Mersing island hopping

Menurut Datuk Onn Hafiz, setelah sekian lama industri pelancongan menyepi akibat penularan Covid-19, kini bot-bot di Jeti Mersing juga kembali sibuk.

Ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke Johor setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum kebenaran merentas negeri di seluruh Malaysia pada 11 Oktober lepas.

Kini saya dimaklumkan bahawa pakej-pakej bagi aktiviti island hopping di daerah Mersing juga hampir penuh hingga pertengahan bulan 11.

Beliau juga berkata bahawa taman tema Legoland turut menyaksikan peningkatan pengunjung domestik, berbanding sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Datuk Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada warga Malaysia yang menjadikan Johor sebagai destinasi percutian. Beliau juga mengatakan Johor akan sentiasa dibuka untuk menjadi destinasi yang selamat buat semua masyarakat.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas