Connect with us

Oh! Media

Kacau Lelaki Tengah ‘Projek’ Dalam Tandas OKU, Tukang Cuci Ditumbuk Bertubi-Tubi

Trending

Kacau Lelaki Tengah ‘Projek’ Dalam Tandas OKU, Tukang Cuci Ditumbuk Bertubi-Tubi

Malang buat seorang tukang cuci tandas apabila dia dipukul seorang lelaki hanya kerana mengetuk pintu tandas untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Remaja Lelaki Dikejar Dan Dipukul Gara-Gara Kenal Wanita Warga Asing

Memetik laporan daripada Daily Star, kejadian itu berlaku disebabkan tukang cuci itu mengetuk pintu tandas OKU ketika suspek sedang melakukan hubungan kelamin.

Mangsa yang hanya mahu melakukan kerja-kerja pembersihan tidak menyangka suspek yang bernama Billy Dean Fallon sedang berada di dalam tandas dan sedang melakukan hubungan kelamin dengan seorang wanita.

Berang hubungan kelaminnya diganggu, Fallon yang merupakan bekas mekanik pesawat berubah menjadi agresif dan terus memukul tukang cuci tersebut secara berkali-kali.

Dalam perkembangan terbaharu, Fallon mengaku bersalah melakukan serangan itu sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Fallon kemudiannya diarah untuk membayar £844 (RM4,610) kepada mangsa selepas dibicarakan di Mahkamah Majistret Southport di Queensland, Australia pada Isnin.

Dalam pada itu, ketika rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan di mahkamah, dapat dilihat Fallon keluar dari tandas tanpa memakai baju dan terus memukul mangsa.

Majistret Michelle Dooley memaklumkan bahawa serangan dibuatnya itu sangatlah tidak wajar kerana tukang cuci itu hanya menjalankan tugasnya.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas