Connect with us

Oh! Media

Juventus Rugi £275 Juta & Ronaldo Pula Nak Tinggalkan Pasukan

Ohmedia 31

Trending

Juventus Rugi £275 Juta & Ronaldo Pula Nak Tinggalkan Pasukan

Banyak yang terjejas akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehinggakan pasukan bola sepak Juventus turut kongsikan jumlah kerugian yang dijangkakan sebanyak RM1,578.7 juta.

Pada musim ini Juve turut kehilangan gelaran Serie A buat kali pertama sejak 2012 dan ini memaksa mereka menjual saham untuk mendapatkan modal sebanyak RM1,970.8 juta.

Apa yang dihadapi Juve ini lebih menakutkan selepas pemain harapan mereka Cristiano Ronaldo semakin hampir untuk meninggalkan pasukan itu.

IKLAN

Ini selepas, Ronaldo dikatakan sedang merancang untuk musim depan dan ingin berhijrah dari Juve selepas menempuh 3 musim yang mengecewakan.

Bagaimanapun, menurut laporan Tuttosport, Juve turut telah menyenaraikan tiga pemain utama untuk menggantikan Ronaldo iaitu, Gabriel Jesus, Mauro Icardi dan Dusan Vlahovic.

Maurizio arrivabene11

Perkembangan lain, Juve turut akan menerima pengurus kelab baharu selepas mengesahkan Maurizio Arrivabene akan mengambil alih. Maurizio adalah bekas ketua pasukan Formula 1, Ferrari dan akan menggantikan Fabio Paratici.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas