Connect with us

Oh! Media

Jurulatih Liverpool ‘Ditumbuk Dimuka’ Selepas Tersungkur DI Anfield?

Trending

Jurulatih Liverpool ‘Ditumbuk Dimuka’ Selepas Tersungkur DI Anfield?

Kekalahan pertama buat pasukan Liverpool di tempat sendiri sejak 2017. Ya itulah apa yang berlaku pada perlawanan awal pagi tadi antara Liverpool menentang Burnley dengan keputusan 0-1 di rumah sendiri.

ADVERTISEMENT

Tapi jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp bukanlah betul-betul ditumbuk tapi Klopp merasakan kekalahan mereka malam tadi umpama menerima tumbukan yang sangat kuat di muka.

Kami kalah dalam perlawanan yang saya rasakan mustahil untuk kami kalah tetapi itu yang terjadi. Sudah pasti, ia adalah kesalahan saya kerana sudah menjadi tanggungjawab jurulatih untuk memastikan pemain bersedia dan mempunyai keyakinan untuk membuat keputusan yang tepat.

Liverpool menguasai bola dan kami mencipta situasi yang awalnya nampak baik tetapi beberapa keputusan akhir menukar situasi menjadi sebaliknya. Kami perlu menghantar bola ke kawasan yang tepat dan nampaknya ia tidak menjadi.

Saya sebut perkara yang sama minggu lepas. Masalahnya ada sesuatu yang tidak kena, jadi kami perlu berusaha lebih gigih dan membuat keputusan yang lebih tepat.

Tetapi itu tidak berlaku malam ini, saya mengakuinya. Tiada alasan lain lagi dan itulah punca kenapa kami tewas. – Kata Klopp.

Tapi mungkin ada penyokong yang boleh mengatakan “Ala, kalah penalti jer pun”. Itulah adat perlawanan, walaupun penalti tetap dikira menang.

Pasukan Burnley menerima sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan yang ternyata telah membuatkan pemain Liverpool sedar yang mereka perlu buat sesuatu jika ingin ulangi kemenangan pada musim lalu.

Kredit: ESPN

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas