Connect with us

Oh! Media

Jualan Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Umum Buka Kilang Kedua Sambal Nyet Di Kelantan

Trending

Jualan Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Umum Buka Kilang Kedua Sambal Nyet Di Kelantan

Siapa tak kenal dengan pempengaruh, Khairul Aming yang terkenal dengan konten video masakan yang menyelerakan di Instagram.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ada Kerja Kosong?”- Belanja 50 Staff Sambal Nyet Bercuti, Khairul Aming Dipuji Netizen

Dan seperti yang diketahui ramai, Khairul Aming juga ada menjual produk makanannya tersendiri iaitu Sambal Nyet yang sehingga ke hari ini menjadi rebutan orang ramai.

Mana taknya, setiap kali nak beli asyik sold out je dekat Shopee tu.

Umum bakal buka kilang kedua di Kelantan

Terbaru, Khairul Aming ada membuat satu ciapan di Twitternya memaklumkan berita gembira mengenai perniagaan Sambal Nyet nya yang telah beroperasi selama setahun setengah.

Menerusi ciapannya itu, Khairul Aming memaklumkan bahawa sebanyak satu juta botol Sambal nyet telah terjual dan menjadikan jumlah jualan sambal yang digilai ramai itu mencecah RM14 juta.

Kalau sebelum ini kita dapat jual 200 botol sambal sehari, sekarang Alhamdulillah kita dah boleh jual sebanyak 5,000 botol sambal sehari.

Dan team kita pun dah berkembang daripada lebih kurang 8 orang, sekarang dah naik ke 50 orang.

Bukan itu sahaja, Khairul turut memaklumkan berita gembira bahawa dia akan membuka satu lagi cawangan kilang Sambal Nyet yang akan dibuka di Kelantan.

Saya berbesar hati untuk memaklumkan, yang kita akan tambah lagi satu lagi kilang baru di Kota Bharu, Kelantan dan lagi besar dari kilang yang sebelum ini.

Bakal lancarkan produk kedua

Dalam pada itu, Khairul turut menyatakan bahawa kilang kedua yang bakal dibuka itu juga akan menjadi tempat persedian untuknya sebelum melancarkan produk keduanya namun, tidak didedahkan produk apa yang akan dilancarkan.

Wah, tahniah Khairul Aming atas kejayaan ni. Semoga terus sukses selalu ya.

Kredit: Twitter Khairulaming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas