Rezeki nampaknya tidak memihak kepada petarung kita, Johan Ghazali (Jojo) dalam pertarungan sengit ONE 170 yang berlangsung sebentar tadi.
Jojo terpaksa akur dengan kekalahan selepas tewas kepada Johan Estupinan menerusi keputusan pengadil.
Pertarungan tiga pusingan itu diadakan di Bangkok, dengan Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym menunjukkan aksi terbaiknya. Namun, lawannya, Johan Estupinan, berjaya mengungguli perlawanan hingga mendapat keputusan berpihak kepadanya.
Pujian buat Johan Ghazali, berjaya bawa pesaing sampai ke pusingan tiga…
Pertarungan antara Jojo dan Johan Estupinan disifatkan sebagai salah satu perlawanan yang penuh mendebarkan. Kedua-dua atlet mempertaruhkan segala kemahiran mereka di atas gelanggang.
Walaupun Jojo tampil dengan lebih kuat berbanding dahulu dan memberi cabaran sengit, Johan Estupinan dilihat lebih menyerlah dari segi strategi dan teknik.
Kekalahan ini adalah satu pengalaman hebat buat Jojo yang sebelum ini cukup dikenali dengan rentak agresif dan semangat juang tinggi. Namun, penyokong Jojo tetap memberikan sokongan padu di media sosial, memuji usahanya yang tidak pernah mengalah sehingga detik terakhir perlawanan.
Johan “Jojo” Ghazali
Seorang atlet muda berusia 18 tahun dari Malaysia-Amerika, Ghazali memiliki rekod 6-1 di ONE Championship, dengan lima kemenangan melalui knockout. Beliau dikenali dengan gaya agresif dan menyerang, serta baru sahaja mencatat kemenangan knockout pada pusingan pertama menentang Josue Cruz dari Mexico pada September 2024.
Johan “Panda Kick” Estupinan
Atlet berusia 22 tahun dari Colombia dengan rekod profesional 26-0 tanpa kalah. Estupinan terkenal dengan gaya serangan akrobatik yang menghiburkan. Dalam empat kemenangan terakhirnya di ONE Championship, tiga daripadanya diperoleh melalui knockout. Kemenangan terbarunya ialah knockout ke atas Zakaria El Jamari dari Maghribi.
#OhmediaNasihat
Dalam dunia sukan, kekalahan bukanlah penamat segalanya. Ia adalah peluang untuk belajar, bangkit, dan menjadi lebih baik.
Sama seperti Jojo, kita juga perlu menghadapi cabaran dengan semangat juang dan tidak berputus asa. Kejayaan tidak datang tanpa usaha dan kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram