Trending
Jofliam Akui Bercinta Dengan Dewi Selepas Cerai Dengan Cik Epal, Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat!
Baru-baru ini tular di media sosial, gambar dan video menunjukkan kemesraan di antara usahawan pizza wagyu, Jofliam dan pekerjanya, Dewi.
BACA: Tersebar Video Mesra Jofliam Dan Pekerja Sendiri, Siap Panggil ‘Sayang’?
Menjelaskan isu tersebut, Jofliam menerusi perkongsian di Instagram Story akhirnya mengaku mereka sedang bercinta dan bahagia.
Jofliam mengaku sedang bercinta dan bahagia

Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia.
Namun katanya, tiada istilah curang kerana percintaan berlaku selepas dirinya berpisah dengan pempengaruh, Cik Epal.
Akan kahwin, orang ramai dapat pizza percuma

Katanya lagi, perkahwinan akan berlangsung dalam masa terdekat dan seperti yang dijanjikan ada pizza percuma diberikan kepada orang ramai.
Seumur hidup baru tahu bila dah bercerai boleh ‘curang’ lagi. Apa beza masuk rumah lelaki, tandas lelaki, masuk bilik tidur lelaki. Berduaan dengan lelaki sampai 5 pagi? Yang ada pun semua lepas bercerai.
Terdahulu, usahawan ini menafikan sekerasnya dakwaan orang ketiga punca penceraiannya bersama Cik Epal.
Malah, gambar dan video mesra bersama Dewi yang tular adalah selepas penceraian berlaku.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM