Connect with us

Oh! Media

“Jika Nak Saman, Teruskanlah”- Setiausaha KAFA Akui Tak Mampu Bayar Hutang RM3.8 Juta Kepada Zamburger

kafa

Trending

“Jika Nak Saman, Teruskanlah”- Setiausaha KAFA Akui Tak Mampu Bayar Hutang RM3.8 Juta Kepada Zamburger

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham baru-baru ini mendedahkan KAFA mempunyai hutang dengannya sebanyak RM3.8 juta. Disebabkan sehingga ke hari ini masih belum menyelesaikannya, Zamsaham mengambil keputusan untuk menyaman KAFA sebanyak RM3.93 juta.

ADVERTISEMENT

Jumlah keseluruhan yang dibayar Zamsaham kepada KAFA sebelum ini adalah sebanyak RM6.8 juta, RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta dipinjamkan. Pinjaman yang dilakukan KAFA kepada Zamsaham ini sebenarnya digunakan untuk menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu sebelum ini.

Samanlah, kami tak mampu nak bayar

Sedar dengan kenyataan saman yang dikeluarkan Zamsaham, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman tampil menjelaskan pihaknya memang tidak mampu melunaskan hutang terbabit.

Jika nak saman, teruskanlah kerana KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) sememangnya tidak mampu untuk bayar pinjaman itu.

Mengenai tindakan beliau (Norizam), kami serahkan kepada peguam KAFA untuk berunding. Sekarang ini, bukannya kami tidak mahu bayar, cuma tiada sumber kewangan terutama selepas musim COVID-19.

Husin juga memaklumkan mereka tidak mampu membayar ansuran tahunan sebanyak RM200,000 kerana tidak mempunyai sumber pendapatan mahupun aset.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas