Trending
“Jika Manusia Jadi Zombi Dikira mati Syahid Atau Tidak?”, Dr Zulkifli Risau Dengan Soalan Ini
Mungkin dek kerana sedang rancak layan drama zombi macam All Off Us Are Dead dekat Netflix sekarang membuatkan ramai orang terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Sampaikan ada individu yang terfikir bertanyakan soalan tentang zombi dengan bekas Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli.
BACA: Penonton Persoal Dan Kritik Babak Keganasan Seksual Pelajar Sekolah Dalam Siri “All Of Us Are Dead”
Soalan itu diberikan oleh pengguna Twitter @@awnsmrdn yang sangat ingin mengetahui tentang apa akan jadi kepada orang muslim yang bertukar menjadi zombi. Dia bertanyakan samaada muslim itu akan mati syahid atau tidak?
Jauh betul saudara kita ni berfikir sebab buatlah banyak macam manapun cerita tentang zombi, perkara tu memang tidak akan jadi kenyataan.
Apapun, Dr.Zulkifli tetap memberikan respon terhadap soalan dia dengan menyatakan lelaki itu berfikir sangat jauh.
Jauh saudari fikir. Risau pulak saya. https://t.co/lKsFZBXgeJ
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 9, 2022
Dr. Zul pun risau dengan soalan macam ni. Bagaimanapun, wanita terbabit masih tidak mendapat jawapan dari soalan serius yang dinyatakannya. Sehinggakan ada orang lain pula yang cuba membantu menjawab persoalan terbabit.
Kalau ikut hadis riwayat Abu Hurairah RA, sabda Nabi Muhammad SAW; orang yang mati syahid 5 golongan iaitu orang yg mati krn taun (wabak), mati krn penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan & mati syahid di jln Allah.
— Ashraf Muhamad 🇲🇾 (@AshrafMhd) February 10, 2022
Jadi (kalau ada), zombi pun wabak, jadi syahid la kn.
Tidak kisah la apa jua jawapan yang diberikan untuk situasi seperti ini, korang janganlah risau. Ini kerana manusia tidak akan berubah menjadi zombi. Otak…..otak…..
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM