Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Bukan Orang Kampung, Mahkamah Tolak Hujah Disesatkan

Ohmedia najib Razak Jho Low

Oh! Negara

Najib Razak Bukan Orang Kampung, Mahkamah Tolak Hujah Disesatkan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tegas Najib bukan mudah dikelirukan dalam kes 1MDB, hujahan pembelaan ditolak hakim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tampil dengan pendirian yang cukup jelas dalam kes 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahkamah menolak dakwaan bahawa Najib kononnya mudah dipengaruhi atau disesatkan oleh pihak pengurusan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menegaskan bahawa Najib bukan individu biasa ketika kejadian berlaku. Beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Najib bukan orang kampung, hakikatnya semasa kejadian dia merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.- Katanya.

Hubungan Najib Razak dengan Jho Low jadi perhatian mahkamah

71525707854 najibtunrazakjpg

Mahkamah turut tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa Najib hanya fokus kepada pentadbiran negara. Sebaliknya, terdapat keterangan menunjukkan penglibatan aktif tertuduh dalam urusan 1MDB.

IKLAN

Antaranya, Najib mengarahkan Low Taek Jho atau Jho Low menemani Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ke Abu Dhabi dan China bagi urusan syarikat. Perkara ini menguatkan kes pendakwaan terhadap beliau.

Tertuduh juga berada dalam keadaan sedar apabila menolak nasihat daripada pihak pengurusan 1MDB termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi melibatkan Jho Low.- Katanya.

Mahkamah menyimpulkan Jho Low bertindak sebagai proksi dan ejen kepada Najib, disokong pula dengan bukti bergambar percutian bersama sebelum ini.

Najib kini berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama antara 2011 hingga 2014.

Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang, bila pegang jawatan besar, tanggungjawab pun besar. Setiap keputusan ada kesannya, dan alasan mudah dikelirukan bukan jawapan bila amanah rakyat dipertaruhkan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas