Connect with us

Oh! Media

JHEAT Lakukan Serbuan Mengejut Dan Tangkap Pelayan Restoran Wanita Tayang Aset

Trending

JHEAT Lakukan Serbuan Mengejut Dan Tangkap Pelayan Restoran Wanita Tayang Aset

Selepas sekian lama memantau, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akhirnya memulakan langkah mereka. Ini apabila mereka telah menahan seorang pelayan restoran wanita yang viral bergambar bersama pelanggan lelaki.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelayan Restoran Suka Tayang ‘Aset’ Memang Dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Serbuan ini dilakukan selepas mendapati pelayan restoran di Setiu itu bekelakuan dan berpakaian tidak sopan sehingga merosakkan imej Islam.

Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen. – Kata Pesurujaya JHEAT, M Rozi Bidin.

Sebelum ini pihak JHEAT mendakwa telah lama melakukan pemantauan ke atas restoran terbabit. Pihak turut telah memanggil pelayan wanita ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat.

Kedai makan ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi. Tindakan pun sudah diberi dan ketika itu pelaku tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh, namun kali ini ia berlaku kembali.

Diharapkan agar tindakan dapat terus di ambil terhadap mana-mana individu yang berkelakuan kurang sopan selepas ini. Bahaya betul benda-benda macam ni dalam masyarakat kita.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas