Connect with us

Oh! Media

Pelayan Restoran Suka Tayang ‘Aset’ Memang Dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Ohmedia pelayan tayang aset

Trending

Pelayan Restoran Suka Tayang ‘Aset’ Memang Dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Baru-baru ini kecoh satu video menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang pelayan wanita di sebuah restoran untuk mengambil gambar. Kejadian itu dipercayai berlaku di Setiu, Terengganu.

BACA: “Hati-Hati Kalau BF, Suami Pergi Ride” – Netizen Kecam Lelaki Rangkul Pinggang Pelayan Wanita

Image 16

Sebenarnya benda ni dah lama tapi sekarang semakin menjadi-jadi pula. Rasanya dah ramai juga orang perempuan yang nak sangat pelayan ni diambil tindakan.

IKLAN

Rasanya inilah masa yang sesuai selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) turut ambil maklum tentang isu ini. JHEAT memaklumkan siasatan tentang video tular telah dilakukan dan akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin.

Sudah lama pantau restoran dengan pelayan tayang aset

Premis kedai makan ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu tak betul.

Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

M Rozi juga menegaskan JHEAT tidak akan berkompromi dalam perkara macam ni kerana ianya boleh mencemarkan agama Islam. Tindakan juga perlu diambil bagi membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas