Connect with us

Oh! Media

Jawapan Syed Saddiq Buat Peminat BASS Tak Senang Duduk

Ohmedia syed Saddiq 2

Trending

Jawapan Syed Saddiq Buat Peminat BASS Tak Senang Duduk

Jawapan Syed Saddiq soal kahwin dengan Bella Astillah buat peminat BASS teruja.

Boleh dikatakan ramai peminat BASS kini tidak sabar menantikan khabar gembira daripada penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi video temu bual yang tular di platform Threads, Syed Saddiq dilihat menjawab pertanyaan wartawan berkaitan hari bahagia yang sering dikaitkan dengan dirinya dan Bella Astillah.

“Lebih baik kita bincang antara keluarga” – Syed Saddiq

View on Threads

Menjawab soalan tersebut dengan tenang, Syed Saddiq menegaskan bahawa urusan peribadi seperti perkahwinan tidak seharusnya diumumkan secara terbuka.

IKLAN

Saya rasa dalam soal ini (kahwin) adalah antara dua keluarga. Daripada kita bam bam bum (cerita) secara umum, lebih baik kita bincang antara keluarga.

Jawapan ringkas itu bagaimanapun mencuri perhatian warganet, malah ramai beranggapan ia seolah-olah memberi bayangan hubungan mereka kini berada pada fasa lebih serius.

Netizen anggap hubungan makin serius

Bella Astillah

Ruangan komen mula dibanjiri reaksi peminat yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan.

Alhamdulillah. Dari mulut YBSS sendiri dah mengakui memang tengah berbincang fasal mereka berdua yang mana hanya dibincangkan dengan ahli keluarga sahaja.

Maksudnya peribadi. Hal peribadi hanya keluarga sahaja yang tahu. Bermakna diaorang serius dalam perhubungan dan tengah sibuk uruskan fasa seterusnya. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik.

Walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat setakat ini, kenyataan Syed Saddiq itu sudah cukup membuatkan peminat tersenyum dan penuh harapan.

Pssttt! Hal peribadi biarlah diraikan dengan tenang. Jika benar ada perancangan baik, doa dan sokongan positif jauh lebih bermakna daripada spekulasi berlebihan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas