Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Berhenti?”, Ini Jawapan Abby Fana Kepada Peminat Sembang Sinar

Trending

“Kenapa Berhenti?”, Ini Jawapan Abby Fana Kepada Peminat Sembang Sinar

Kalau korang selalu tune in Sinar FM, confirm korang pernah dengar nama Abby Fana atau lebih dikenali sebagai Kak Bed. Celoteh Kak Bed sewaktu kendalikan segmen ‘Sembang Sinar’ tak pernah buat pendengar jemu dan bosan.

ADVERTISEMENT

Tapi, satu berita sedih dah pun dikongsikan Kak Bed pada 31 Disember yang lalu, apabila dia menyatakan yang itu adalah hari terakhirnya berkhidmat sebagai penyampai radio Sinar FM. Waktu dapat tahu tu, rasa terkejut pun ada, rasa sedih pun ada. DJ favourite dah undur diri. Mana lagi nak dengar suara Kak Bed lepasni?

KLIK UNTUK TONTON VIDEO

Bila Kak Bed buat announcement mengejut macam tu, ramailah peminat yang persoalkan, kenapa Kak Bed berhenti? Ada apa-apa konflik yang berlaku ke? Taknak biarkan peminat terus tertanya-tanya, akhirnya Abby Fana upload satu video di Instagram bagi menjelaskan hal sebenar yang berlaku.

“Kak Bed nak minta maaf kerana lewat memaklumkan tentang hari terakhir Kak Bed di Sinar FM. Sebabnya, saya pun tak tahu macam mana nak beritahu.”

Menurut Kak Bed, dia bukannya berhenti atau bersara dalam bidang ini, namun kontraknya sebagai penyampai radio tidak lagi disambung. Kata Kak Bed, mungkin sudah tiba masa untuk dia beri peluang kepada wajah-wajah baru untuk mewarnai Sinar FM. Menganggap hal ini sebagai lumrah kehidupan, Kak Bed terima the fact yang setiap permulaan, pasti akan ada pengakhirannya.

“Kak Bed jawab secara ringkas dan padat lah ya. Saya tidak berhenti dan saya tidak bersara. Cuma kontrak saya tidak disambung, dan saya tidak boleh menjawab bagi pihak pengurusan. Cumanya, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beri laluan kepada penyampai yang lebih fresh, dengan idea-idea yang baru.” – katanya.

Sepanjang video tersebut, Kak Bed tak henti-henti meluahkan rasa terharunya kepada peminat yang terus menyokong dirinya selama bergelar penyampai radio. Kak Bed juga menitipkan ucapan terima kasih atas segala sokongan yang dah pun diberi serta berharap ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan sampai bila-bila.

“Sebenarnya Kak Bed rasa terharu bila ramai yang memberikan reaksi dan ramai juga yang terkejut sebab, maklumlah saya hanyalah penyampai radio yang biasa-biasa saje ya. Takde apa-apa yang luar biasa ataupun istimewa.”

“Namun saya nak anda tahu yang saya rasa amat dihargai, saya rasa terharu sangat, dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda selama ini. 14 tahun di Sembang Sinar, tapi secara totalnya selama 20 tahun (sebagai penyampai radio).” – tambahnya.

Rata-rata peminat semuanya meluahkan rasa sedih dengan berita yang dikongsi oleh Kak Bed. Tapi apa boleh buat, kan? Hanya doa je yang mampu dititipkan buat penyampai radio kesayangan mereka.

Semoga Kak Bed terus maju jaya dalam apa juga bidang yang Kak Bed ceburi selepas ini. Kak Bed sendiri pun tak tahu apa yang dia akan buat lepasni. Namun, ohmedia yakin peminat Kak Bed akan tetap terus beri sokongan tanpa henti, walaupun suara Kak Bed tak lagi menemani di ruangan radio. Jaga diri ya Kak Bed!

Kredit: Instagram Abby Fana

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas