Connect with us

Oh! Media

”Jangan Tunjuk Sangat Senang Gula-Gula” – Marissa Dania Balas Komen Netizen Kata Aslam Tak Boleh Hidup Tanpa Umisya

Umisya Mazlan Marissa Dania

Trending

”Jangan Tunjuk Sangat Senang Gula-Gula” – Marissa Dania Balas Komen Netizen Kata Aslam Tak Boleh Hidup Tanpa Umisya

Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menyindir kemesraan suaminya, Aslam bersama madunya, Umisya Mazlan.

Segalanya bermula selepas seorang individu meninggalkan komen di Tiktok Marissa dengan mendakwa Aslam tak boleh hidup tanpa Umisya.

D71bd29e fda9 4f11 93ad 65504fa6e2b0

Tak berdiam diri, Marissa tampil balas mengenai perkara itu. 

IKLAN

Awak jangan tunjuk sangat senang digula-gulakan.

Namun begitu, komen tersebut telah dipadam selepas menerima perhatian meluas daripada warganet.

Umisya balas tindakan Marissa Dania, petik kata-kata penuh makna

3e02b320 5a9a 462e a963 2a842c05eee0

Tak lama selepas itu, Umisya pula tampil memuat naik semula tangkap layar komen Marissa di Tiktok miliknya. Dalam hantaran yang lain, dia turut berkongsi gambar bersama anak perempuannya disusuli petikan penuh makna.

Ada wanita yang sanggup memodifikasi tulang rusuknya sedemikian rupa, bertahan dari sekian benturan, hingga ia lupa dia seorang wanita.

Perkongsian itu dilihat sebagai reaksi terhadap situasi semasa rumah tangga mereka yang terus menjadi sorotan ramai.

Netizen kecewa dengan tindakan Marissa Dania

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap Marissa, malah ada yang menyifatkan tindakannya sebagai kurang matang dan hanya mengundang lebih banyak kontroversi.

Pssttt! Dalam rumah tangga, emosi dan ego perlu dijaga. Kadang kala, diam itu lebih bijak daripada melawan di media sosial.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas