Connect with us

Oh! Media

“Jangan Sebab Isu Panas Suami Isteri Lain Bertelingkah, Beri Kesan Kepada Diri Kita”

Trending

“Jangan Sebab Isu Panas Suami Isteri Lain Bertelingkah, Beri Kesan Kepada Diri Kita”

Pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun memberi nasihat kepada pasangan suami isteri supaya tidak menjadikan kisah panas orang lain sebagai punca hilang kepercayaan terhadap pasangan sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Bukan Buat Kerja Tuhan Tapi” – Selepas PU Syed, Kini Giliran Ustazah Asma’ Beri Teguran

Jelas pendakwah ini lagi, jangan disebabkan isu tersebut, pasangan secara tiba-tiba mahu membubarkan syarikat yang sedia ada dan membina syarikat lain atas nama sendiri.

Lebih parah lagi apabila segala kebaikan, pengorbanan dan usaha diungkit kembali.

Tuan Puan, kuatkan doa dan tawakkal kepada Allah SWT. Jika kita jujur serahkan pada Allah (Ghafir 44), maka seharusnya kita rasa lapang dan terus jalan ke depan, jangan terlalu banyak andaian tentang apa yang bakal berlaku.

Ustazah Asma’ juga percaya pasti ramai yang sudah berjaya menempuh ujian berkongsi perniagaan dengan pasangan. Bahkan, dia selalu mengingatkan diri sendiri bahawa kita hanyalah perantaraan rezeki Allah SWT buat orang sekeliling.

Tolong jangan memendekkan iman kita dengan ayat, “belum kena bolehlah cakap, tunggulah dah kena baru tahu tinggi rendah langit”, jangan sesekali mendoakan keburukan.

Dalam pada itu, pendakwah ini berharap agar pasangan muda yang menjadi viral baru-baru ini berjaya menyelesaikan konflik dengan baik dan tenang.

Ustazah Asma’ turut menasihati orang ramai supaya mengelakkan diri daripada meninggalkan komen penuh emosi sedangkan tidak tahu hakikat sebenar kisah itu.

Namun di sudut lain, membuka cerita dan masalah rumahtangga di media sosial dah jadi satu ‘trend’ yang bagi saya amat membimbangkan.

Mungkin atas niat memberi pengajaran, ia dikongsikan selepas ujian itu dilalui dengan baik, insyaAllah manfaatnya kepada netizen lebih berkesan dan indah.

Beliau berdoa semoga pasangan yang selama ini dilihat serasi kembali bersatu hati dan suaminya benar-benar menjadi pemimpin sejati.

Perkongsian penuh:

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas