Connect with us

Oh! Media

“Jangan Naik Bas Solo..” – Warga Asing Didakwa ‘Video Call’ Kawan Untuk Tunjuk Perempuan Di Sebelah

Bas

Oh! Tidak

“Jangan Naik Bas Solo..” – Warga Asing Didakwa ‘Video Call’ Kawan Untuk Tunjuk Perempuan Di Sebelah

Baru-baru ini tular di TikTok, keselamatan seorang wanita telah diancam oleh seorang warga asing ketika di dalam bas. Apa kes ni?

BACA: “Saya Ada Kaki Lagi Ke?” – Pelajar Terperangkap Di Bonet Bas Dan Kaki Terseret Selama 5 Minit

Dalam video tu, lelaki itu telah menganggu penumpang wanita yang sedang tidur dengan membuat panggilan video bersama rakannya.

IKLAN

Perbuatan ini sempat dirakam oleh seorang lagi penumpang yang berang dengan warga asing itu.

Jangan buat macam tu.. saya nampak kamu rakam… jangan tunjuk telefon kamu dekat perempuan tu. 

Reminder! Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda macam ni berlaku. Saya naik bas dari Muar ke Penang. Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macam ni berlaku di depan mata.

@didingzz_

Reminder ! Jangan naik bas solo, terutamanya kaum perempuan sebab takut benda camni berlaku. Saya naik bas dri Muar ke Penang. Perempuan tu tidur then dia ambik kesempatan video call ramai kawan kawan dia ntuk tnjuk prempuan melayu sebelah dia🗿 Lagi satu jangan takut bersuara kalau benda macamni berlaku di depan mata 👍🏽 #TypeB #problems

♬ original sound – didingzz_ – didingzz_

Lagi membuatnya marah, warga asing tersebut juga menunjukkan ‘tanda suka’ selepas rakannya melihat wanita itu.

Walau bagaimanapun, warga asing itu menafikan perbuatannya semasa di tegur oleh lelaki berkenaan.

Bahaya betul ek sekarang ni. Nak pergi berjalan sorang pun kena fikir dua tiga kali. Nasib baik ada orang tolong, apapun diharapkan pihak berkuasa ambil tindakan lah terhadap warga asing tu.

Kredit: TikTok @didingzz_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas