Connect with us

Oh! Media

“Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”- Bun*h Kerat Lapan, Bekas Banduan Rayu Peluang Kedua

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t114859512

Trending

“Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”- Bun*h Kerat Lapan, Bekas Banduan Rayu Peluang Kedua

Baru-baru ini, kisah seorang bekas banduan telah menjadi perhatian ramai apabila dia telah dibebaskan daripada penjara atas kesalahan membunuh.

Khairul Anuar, lebih dikenali sebagai Abah Hayat, telah dipenjarakan selama 23 tahun empat bulan atas kesalahan membunuh seorang lelaki di Taman Datuk Kumbar, Kedah pada 4 Jun 2001.

Tolonglah jangan herdik, saya sudah menjalani hukuman saya. Saya tidak lari dari penjara, sebaliknya saya dibebaskan. Bantulah saya untuk teruskan sisa hidup ini dengan menjadi manusia berguna.

Dia kini merayu kepada masyarakat agar diberi peluang untuk meneruskan hidupnya dengan baik tanpa kecaman.

IKLAN

Khairul Anuar mengakui kesalahannya, namun menegaskan bahawa dia telah menjalani hukuman yang sewajarnya. Dia juga memaklumkan bahawa Sultan Kedah telah memberikan keampunan kepadanya, di mana hukuman mati yang sepatutnya dikenakan telah ditukar kepada hukuman penjara sepanjang hayat.

Setelah kerajaan memansuhkan hukuman tersebut, Khairul Anuar hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun dan dibebaskan pada 3 Oktober 2024.

Perkara itu memang berlaku dan saya pelakunya. Saya sudah menjalani hukuman dan kini dibebaskan. Saya juga diberi keampunan. Tolonglah jangan herdik saya lagi.

Abah Hayat kini berharap dapat meneruskan kehidupannya dengan memberi manfaat kepada orang lain. Salah satu hasratnya adalah membantu bekas banduan lain dengan memberikan motivasi dan sokongan moral kepada mereka.

Berilah ruang kepada saya untuk membimbing anak bangsa. Semasa di penjara, ramai yang berterima kasih kerana saya ajar mereka solat, malah mereka memeluk saya ketika saya dibebaskan.

Mengulas mengenai kejadian pembunuhan itu, Khairul Anuar tidak mahu memperincikan apa yang berlaku demi menjaga hati semua pihak, terutamanya keluarga. Namun, dia menegaskan bahawa insiden itu bukan berpunca daripada hutang atau along, sebaliknya berkaitan dengan maruah.

Pembunuhan itu berlaku di dalam rumah saya sendiri, di bilik tidur saya. Ia bukan tentang hutang atau along, tetapi masalah maruah.

Walaupun dipenjarakan selama lebih dua dekad, Khairul Anuar menyifatkan tempoh itu sebagai yang paling berfaedah dalam hidupnya. Baginya, ia adalah masa untuk muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t114859512

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas