Connect with us

Oh! Media

JAKIM Lapor SKMM Mohon Individu Hina Kalimah Al-Fatihah Disiasat

Ohmedia jakim Hina Islam 2

Trending

JAKIM Lapor SKMM Mohon Individu Hina Kalimah Al-Fatihah Disiasat

Baru-baru ini, tular di Facebook seorang individu meninggalkan komen hinaan di salah satu liputan yang dibuat portal berita mengenai pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Komen itu mengundangkan kemarahan orang ramai apabila kalimah suci Al-Fatihah dipermain-mainkan.

Komen hina Al-Fatihah, JAKIM lapor SKMM

Jakim

Individu itu juga didapati telah memperlekehkan dan mempermainkan ajaran Islam ketika rakyat sedang berdukacita.

IKLAN

Susulan itu, JAKIM dalam satu kenyataan pada 16 April memaklumkan satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat.

Jakim memohon siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan.

Tak sensitif terhadap keluarga tokoh negarawan

Bernama
Gambar Bernama

JAKIM menganggap tindakan tu sangat tidak bertanggungjawab, tak menghormati agama Islam dan tidak sensitif terhadap keluarga Allahyarham.

Jelas JAKIM lagi, tindakannya bukan hanya mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi turut berpotensi menimbulkan ketegangan kaum.

Lebih-lebih lagi apabila individu itu dipercayai tidak menetap di Malaysia. JAKIM mengingatkan semua supaya tidak meninggalkan komen yang mencetuskan provokasi.

Pssttt! Jangan cuba-cuba lontar batu dan sembunyi tangan pula. Harap tindakan setimpal dapat dikenakan.

Kredit: Jakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas