Connect with us

Oh! Media

“Bagaikan Abang, Teman Rapat” – Najib Razak Luah Kesedihan Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

“Bagaikan Abang, Teman Rapat” – Najib Razak Luah Kesedihan Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, nyata meninggalkan kesan mendalam buat Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, Najib menyifatkan Pak Lah bukan sekadar pemimpin yang dihormati, malah insan yang begitu dekat di hatinya dan keluarga.

Secara peribadinya, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga. Bagaikan abang dan teman rapat ketika susah dan senang.

Sentiasa sudi membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar, menunjukkan jalannya.- Luah Najib penuh hiba.

Bekas Perdana Menteri keenam itu turut menzahirkan penghargaan terhadap integriti dan gaya kepimpinan Pak Lah yang banyak memberi inspirasi kepada pentadbirannya sendiri.

IKLAN

Katanya, prinsip-prinsip yang dipegang oleh Pak Lah menjadi antara pemacu kepada pelaksanaan dasar 1Malaysia yang pernah diperkenalkannya.

Dalam politik dan pentadbiran, Pak Lah seorang yang berintegriti. Kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.

Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.- Tulisnya lagi.

Najib turut mengenang Pak Lah sebagai seorang insan mulia yang amat besar jasanya kepada agama, bangsa dan negara. Kenangan dan sumbangan Allahyarham pastinya akan terus terpahat dalam sejarah serta ingatan rakyat Malaysia.

Pssttt! Dalam dunia yang serba pantas dan penuh cabaran ini, keteladanan seperti yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu dijadikan pedoman. Kepimpinan yang berteraskan nilai, adab dan integriti bukan sahaja membina negara, malah menyatukan rakyat.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas