Connect with us

Oh! Media

“Jaga Imej Dan Maruah Diri” – Duda Tayang Badan ‘Sado’ Jual Durian, JHEAT Beri Peringatan

duda

Trending

“Jaga Imej Dan Maruah Diri” – Duda Tayang Badan ‘Sado’ Jual Durian, JHEAT Beri Peringatan

Baru-baru ini, tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang lelaki menjual durian di Kampung Baru, Seberang Takir di Jambatan Angkat, Terengganu.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik perhatian ramai adalah lelaki itu tak berbaju menampakkan bentuk tubuhnya yang ‘sado’. Aduh macam-macam marketing zaman sekarang ni ya?

BACA: Noki K-Clique Dedah Selalu Terima Mesej Ajak Ke Katil Tiap Kali Tayang Badan Sado

Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihati penjual durian yang dipercayai duda anak tiga itu supaya menjaga diri sendiri untuk mengelakkan daripada fitnah.

Zahari Sulong selaku Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah) JHEAT berkata, lelaki itu seharusnya mendapatkan keberkatan dalam urusan perniagaan.

@sinarharianonline Macam-macam marketing zaman sekarang ya 😅 #fyp #BeritadiTikTok #DudaSado #Durian ♬ Nova Dancinha – Machadez & Os Quebradeiras & Mousik

Beliau berpendapat, apa yang ditularkan tak patut berlaku bukan je di negeri Terengganu tapi di semua tempat.

Betul lah kalau dia kata dah tutup aurat dengan memakai seluar, tetapi sepatutnya semua kita kena jaga. Kena tutup aurat ‘comel’, ‘molek’ sebab kita mahu jaga imej dan maruah diri sendiri. Daripada situ, Insya-ALLAH, akan ada limpahan rezeki kepada setiap orang yang mencari rezeki halal.

Untuk makluman di Terengganu, ada peraturan berkenaan perbuatan mendedahkan tubuh di tempat awam iaitu di bawah Seksyen 35, Enakmen Jenayah Syariah (Takzir).

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Namun setakat ini pihaknya hanya memberi nasihat terlebih dahulu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas