Connect with us

Oh! Media

Noki K-Clique Dedah Selalu Terima Mesej Ajak Ke Katil Tiap Kali Tayang Badan Sado

Ohmedia noki kclique

Oh! Artis

Noki K-Clique Dedah Selalu Terima Mesej Ajak Ke Katil Tiap Kali Tayang Badan Sado

Situasi macam ni nampaknya bukan sahaja dilalui selebriti wanita tetapi turut dihadapi selebriti lelaki, lagi-lagi bila muka hensem, badan pula sado.

Kali ini, seorang lagi ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki yang juga semakin aktif dalam bidang lakonan mendedahkan dirinya kerap menerima mesej dari kalangan wanita yang ingin melakukan hubungan intim bersamanya.

Kerap terima gangguan seksual tiap kali kongsi gambar sado. Makcik dan lelaki pun tak tahan?

Disebabkan mahu terlihat segak bila berlakon, Noki mengambil langkah untuk menurunkan berat badannya tetapi lain pula terjadi.

IKLAN

Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang. Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bogel berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil.

Apapun, Noki mengakui perkara ini terjadi kerana salahnya juga kerana terlalu kerap belanja gambar badan yang sado sehingga menyebabkan peminat begitu ghairah dan hantar mesej lucah.

Tapi, macam saya katakan benda yang negatif dan buruk akan saya delete, mana yang baik saya akan layan dan balas. Insya-Allah lepas ni saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama.

Bukan senang jadi orang terkenal ni sebab kena tahan segala cubaan dan godaan dunia tu. Maklumlah, bila terkenal mesti akan terdedah dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri kita. Semoga hati kita sentiasa kuat kerana Allah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas