Oh! Artis
“Dulu Berpisah Sebab Tiada Sefahaman” – Lepas Rindu, Pasangan Duda Dan Janda Dicekup Berkhalwat Di Hotel
Pasangan duda dan janda dicekup berkhalwat selepas bertemu semula empat tahun bercerai konon untuk lepas rindu.
Siapa sangka hubungan lama yang pernah putus di tengah jalan kini kembali bertaut, tapi bukan dengan cara yang sepatutnya.
Seorang duda dan janda yang pernah bergelar suami isteri dicekup berkhalwat oleh penguatkuasa agama ketika mereka berdua-duaan di sebuah bilik hotel di Johor, awal pagi semalam.
BACA: Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan ‘Pucuk Muda’ Di Homestay
Memetik laporan Harian Metro, pertemuan yang dikatakan untuk ‘melepaskan rindu’ selepas empat tahun berpisah kantoi dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Mengaku suami isteri tapi kantoi berkhalwat bila diminta tunjuk sijil nikah

Menurut JAINJ, serbuan dilakukan pada jam 1.15 pagi ketika operasi cegah maksiat dijalankan di sebuah hotel.
Pegawai penguat kuasa mengambil masa hampir tujuh minit mengetuk pintu sebelum seorang lelaki membuka pintu dalam keadaan bilik yang samar cahaya.
Pasangan itu mendakwa mereka masih suami isteri, namun tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen nikah.
Lebih mencurigakan, wanita terbabit berdolak-dalik apabila diajak berjumpa keluarga dan turut menolak cadangan untuk mengambil sijil nikah yang kononnya disimpan di rumah.
Akhirnya mengaku dah lama cerai

Hasil siasatan lanjut mendedahkan mereka sebenarnya sudah lama bercerai. Wanita itu menetap serta bekerja di Kluang, manakala bekas suaminya merantau ke negeri lain selepas penceraian mereka kira-kira empat tahun lalu.
Sepanjang perkahwinan, mereka tidak mempunyai cahaya mata. Apabila ditanya punca perceraian, mereka mendakwa tiada persefahaman selain isu nafkah.
Difahamkan, mereka kembali berhubung melalui mesej dan membuat keputusan untuk bertemu semula setelah sekian lama terputus hubungan.
Kini, mereka bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Pssttt! Walaupun hubungan silam pernah wujud, batas agama tetap perlu dijaga. Tindakan bertemu di tempat tertutup tanpa ikatan sah boleh mengundang fitnah dan aib. Semoga jadi pengajaran buat semua, jangan biarkan rindu menjerumuskan kita ke jalan yang salah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM