Connect with us

Oh! Media

Jackie Wong Dibenarkan Pulang Selepas 2 Bulan Menjalani Rawatan Di Hospital Akibat Covid-19

Trending

Jackie Wong Dibenarkan Pulang Selepas 2 Bulan Menjalani Rawatan Di Hospital Akibat Covid-19

Khabar baik Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas atlet baling tukul besi Malaysia, Jackie Wong dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas lebih 2 bulan menjalani rawatan di Hospital Sibu setelah dijangkiti wabak Covid-19.

ADVERTISEMENT


Jackie Wong yang kini berusia 28 tahun telah dikuarantin di hospital semenjak 16 Mac selepas positif Covid-19. Beliau dikatakan dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat iaitu bapanya sendiri. Hal ini menyebabkan Jackie terpaksa duduk lama di hospital walaupun badannya sihat dan tidak menunjukkan sebarang simpton.
Beberapa saringan ujian telah dilakukan kepada beliau namun keputusannya positif. Walaubagaimanapun, Jackie telah dibenarkan untuk pulang ke rumah pada hari ini. Mengikut kajian dari World Health Organization (WHO) pesakit Covid-19 yang telah mendapatkan rawatan selama 14 hari dibenarkan untuk pulang kerana virus tersebut tidak akan berjangkit kepada orang lain selepas dua minggu.
OHMEDIA : SEMOGA JACKIE WONG KEMBALI UNTUK MENCERIAKAN KEM SUKAN NEGARA DENGAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG PADA KEJOHANAN AKAN DATANG


Credit : Berita Harian 

+Baca respon pembaca Jackie Wong dibenarkan pulang selepas 2 bulan menjalani rawatan di Hospital akibat Covid-19


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas