Connect with us

Oh! Media

Isu Polis Tahan Gadis Dan Ajak Check-In Hotel, Caprice Bawa Mereka Bersemuka

Ohmedia caprice

Trending

Isu Polis Tahan Gadis Dan Ajak Check-In Hotel, Caprice Bawa Mereka Bersemuka

Anggota polis ajak gadis ‘check in’ akhirnya mohon maaf. Tindakan lanjut diserahkan kepada PDRM.

Selepas beberapa hari menjadi bualan hangat netizen, Caprice memaklumkan isu antara seorang gadis dan anggota polis yang didakwa ajak check-in hotel kini dah pun settle dengan baik.

BACA: “Lepak Rumah Saya Lah” – Viral Video Polis Tahan Gadis Tengah Malam, Ajak Check-In Hotel

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Caprice berkata kedua-dua pihak telah dipertemukan secara bersemuka.

IKLAN

Anggota polis tu turut tampil memohon maaf kepada ibu dan nenek kepada gadis tersebut.

Caprice ambil masa jejak kedua-dua pihak

Menurut Caprice, ramai yang DM minta perkembangan kes itu, tetapi dia memerlukan sedikit masa mencari kedua-dua individu yang terlibat.

Alhamdulillah settle antara adik kita ni dengan seorang anggota polis, siap buat permohonan maaf kepada ibu/nenek. Thank you kepada semua pihak.

Tindakan lanjut serah kepada PDRM

Check in

Dalam masa sama, Caprice menegaskan sebarang tindakan lanjut terhadap anggota terbabit kini bergantung sepenuhnya kepada pihak PDRM.

Dan apa-apa tindakan antara PDRM dan anggota tersebut adalah antara mereka. Kita hanya dapat bantu bertemu dua-dua pihak supaya dapat face to face depan Cap.

Terdahulu. tular video rakaman menunjukkan seorang gadis mendakwa dirinya ditahan oleh seorang anggota polis pada tengah malam, sebelum diajak ke hotel oleh anggota terbabit.

Perkongsian itu mencetuskan kecaman ramai kerana anggota berkenaan adalah penguatkuasa yang sepatutnya melindungi orang awam.

Pssttt! Semoga kes ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Lebih-lebih lagi anggota PDRM, tak pasal-pasal nama polis yang busuk.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas