Connect with us

Oh! Media

Isu Nafkah 3 Sen: Lelaki Dakwa Dirinya Difitnah Bekas Isteri, Tampil Bela Diri

Ohmedia nafkah Anak 3 Sen

Trending

Isu Nafkah 3 Sen: Lelaki Dakwa Dirinya Difitnah Bekas Isteri, Tampil Bela Diri

Di TikTok, seorang lelaki yang menggunakan akaun @ayahnurnayla tampil mempertahankan diri selepas tular isu nafkah sebanyak 3 sen pada bulan Disember 2024.

BACA: Wanita Dedah Punca Bekas Suami Bagi Nafkah Anak 3 Sen, Rupanya Sebab ‘Koyak’ Disindir

Dalam perkongsian itu, lelaki ini berkata dirinya telah dihina bekas isteri hanya kerana memintanya memeriksa keadaan anak yang didakwa dibuli di rumah pengasuh.

IKLAN

Dihina bekas isteri gara-gara minta periksa dakwaan anak dibuli

Nafkah
Nafkah

Dalam mesej tersebut, lelaki ini turut meminta anak diserahkan kepadanya jika nafkah yang diberikan tidak cukup.

Terlalu lama berdiam diri kerana sibuk menguruskan kehidupan dan malas dan tak suka drama tetapi saban hari semakin teruk difitnah. Sekarang saya terpaksa membela diri.

Dakwanya lagi, bekas isteri telah menghalangnya berkomunikasi dengan anak apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Suami beri RM300 sebulan

Nafkah Anak

Lelaki ini terpaksa mempertahankan diri mendakwa dirinya telah difitnah di media sosial. Jelasnya, dia tidak pernah culas memberi nafkah sebanyak RM300 sebulan untuk perbelanjaan anak, tidak termasuk barangan lain yang dibeli secara peribadi.

Nafkah Anak

Namun dakwanya, bekas isteri menyatakan nafkah itu tidak cukup dan telah membuat tuntutan di mahkamah.

“Saya bukan bapa tak guna”

Selain perbelanjaan RM300, lelaki ini juga menyediakan insurans kesihatan, hibah serta tabung pendidikan buat anaknya.

Nafkah
Nafkah Anak 3 Sen

Selain isu nafkah, lelaki ini mendakwa bekas isteri menfitnahnya isu tidak hadir ke mahkamah kerana ingin kes berlanjutan.

Jelasnya, dia bukanlah bapa tak guna seperti yang diwar-warkan kerana telah memberikan nafkah yang sepatutnya namun disindir bekas isteri.

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita tentang kepentingan komunikasi yang baik antara pasangan selepas perceraian, terutama demi kebaikan anak. Jangan biarkan emosi menguasai sehingga anak menjadi mangsa keadaan. Selesaikan isu secara matang dan bertolak ansur untuk kebajikan semua pihak.

Ohmedia nafkah Anak 3 Sen

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @ayahnurnayla


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas