Trending
Isu Jalur Gemilang Terbalik, Rupanya Yang Pasang Ada Masalah!
ADUN Lukut dedah pekerja OKU pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah Port Dickson. Isu bukan sengaja, orang ramai diminta jangan viralkan lagi.
Tindakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai.
Walau bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata yang perkara tersebut tidak dilakukan dengan niat jahat.
Menurut laporan Kosmo, beliau menjelaskan bahawa pekerja yang memasang bendera tersebut adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kekurangan dari segi akal.
Dia yang pergi pasang sekitar sana. Dia pakai bendera yang lama, dia pasang pun balik. Selepas dimaklumkan orang ramai, benda itu telah diturunkan. Ia bukan disengajakan.
ADUN minta jangan viralkan lagi isu jalur gemilang terbalik!

Choo Ken Hwa menegaskan bahawa beliau sendiri turun padang menyelaraskan isu tersebut bersama pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola.
Saya rasa ni satu kesilapan yang sedikit dan saya rasa boleh dimaafkan… Saya harap isu ini tidak diviralkan lagi.
Pihak sekolah dah minta maaf

Semalam, pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka melalui kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Lembaga Pengelola dan PIBG.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM