Connect with us

Oh! Media

Trending

Isteri Mengidam Perfume Ex BF, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Dah jadi satu perkara biasalah kan untuk isteri tiba-tiba mengidam nak makan atau nakkan sesuatu ketika mengandung?

BACA: Tular Gadis Mengidam Kereta RM3 Juta, Akhirnya Dah Dapat Lamborghini

IKLAN

Tapi apa perasaan korang kalau isteri korang mengidam nak bau minyak wangi teman lelaki? Macam mana korang nak tunaikan permintaan dia tu?

Suami dedah isteri mengidam bau minyak wangi ex boyfriend

Itulah luahan perasaan yang dikongsikan seorang lelaki selepas isterinya meminta untuk hidu bau wangian daripada bekas teman lelakinya yang dulu.

Menerusi ciapan yang tular di Twitter, lelaki tersebut mendedahkan bahawa berbagai-bagai minyak wangi sudah dibelinya bagi menunaikan hasrat isterinya itu namun tiada satu bau pun yang dikatakan sama dengan bau minyak wangi bekas teman lelaki isterinya itu.

Lebih mengejutkan, si isteri bertindak merajuk dan menarik muka kerana si suami tidak dapat menunaikan hasratnya itu.

Rupanya anak dikandungkan anak bekas kekasih?

Namun, pengakhiran kisah ini sangat mengejutkan dan menyedihkan buat si suami apabila dikatakan anak yang dikandungkan si isteri itu merupakan anak kepada bekas teman lelakinya itu melalui keputusan paternity yang dibuat.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa si pengadu ini sudah pun bercerai dengan isterinya selepas mengetahui perkara yang sebenar.

“Mengidam but sumpahlah sampai macam ni?”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap si suami dan dalam masa yang sama merasakan ada sesuatu yang pelik dengan permintaan si isteri.

Hmm apa pandangan korang?

Kredit: Twitter MarhaenMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas