
Trending
Isteri Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz Dedah Mungkin Tak Akan Normal Lepas Buang Silikon
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz tampil mendedahkan keadaan wajahnya selepas menjalani pembedahan membuang silikon di bahagian hidung dan dagu.
Menurut Tiktok, Nilam berkata prosedur tersebut telah menyebabkan struktur wajahnya berubah, termasuk hidung yang kini senget dan dagu yang berlekuk, kesan daripada proses pembuangan bahan tersebut.
Mungkin muka saya tak akan jadi normal seperti sebelum ini. Saya bukan tambah, tapi buang.
“Seksa sangat, tapi saya reda…” – Nur Nilam Ortiz

Menerusi video yang dikongsikan, wajah Nilam kelihatan masih bengkak dan berjahit, malah dia mengakui sedang menanggung sakit yang sangat perit.
Saya tak kisah dianggap ini sekadar konten. Saya cuba jadi Muslimah yang lebih baik.
Cuma nak beritahu, kalau kita kikis kologen, silikon ini akan terkikis dengan isi sekali.
Walaupun doktor memaklumkan proses pemulihan mengambil masa sekitar dua minggu, Nilam berkata keadaannya masih belum reda dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya.
Buang silikon bukan mudah, ini risiko sebenar

Nilam turut menjelaskan bahawa silikon jenis kolagen yang digunakan suatu ketika dahulu tidak boleh dicairkan dengan suntikan seperti filler moden. Justeru, satu-satunya pilihan adalah melalui pembedahan besar.
Zaman saya dulu guna kologen silikon. Jadi siapa yang nak buang kena bedah. Ramai tak nak buat sebab akan jadi macam saya.
