Connect with us

Oh! Media

(Video) Israel Seret Seorang Warga Palestin Dengan ‘Bulldozer’

Untitled2bdesign2b252842529png

Trending

(Video) Israel Seret Seorang Warga Palestin Dengan ‘Bulldozer’

Dalam satu video yang tular semalam, kejadian berlaku di sempadan Israel-Gaza yang mendakwa Israel menyeret tubuh seorang warga Palestin menggunakan ‘bulldozer’. Tentera Israel dikatakan ingin mendapatkan jasad lelaki tersebut dengan menggunakan jentera itu.



Semasa kejadian itu berlaku, ada ramai saksi yang dilihat tergesa-gesa untuk menyelamatkan lelaki tersebut tapi tidak kesampaian. Tergamak betul ye Israel ni sampai buat macam tu, kejam betul! Tindakan itu mendapat banyak kecaman, tapi Menteri pertahanan Israel, Naftali Bennett menggangap yang tindakan sedemikian itu wajar untuk menggantikan dua mayat askar Israel yang masih berada di Gaza sejak tahun 2014 lalu.

IKLAN

Orang yang berada disekeliling cuba menyelamatkan jasad mangsa ketika itu ada yang sampai tercedera kerana ditembak menggunakan peluru anti-tangki oleh tentera Israel. Mangsa yang terkorban itu adalah Muhammad Al-Naem, 27 dan seorang lagi hanya cedera.

Dikatakan kejadian ini berlaku semasa dua warga Palestin dari Kumpulan Jihad Palestin meletakkan bahan letupan dekat sempadan timur Khan Younis dan dikesan oleh tentera Israel pada pagi semalam.

Sumber : The New York Times

OHMEDIA : MARILAH KITA SAMA-SAMA DOAKAN KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM DI PALESTIN.

+ Baca respon pembaca Israel seret mayat warga Palestin di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas