Connect with us

Oh! Media

Isman Hijjaz Bersuara, Nafi Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Ina Naim

ohmedia om featured new 1200x675

Trending

Isman Hijjaz Bersuara, Nafi Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Ina Naim

Terdahulu, tular satu khabar angin mengatakan penyanyi nasyid, Isman Hijjaz bakal berkahwin dengan Ina Naim. Baru-baru ini Isman telah menafikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Isman berkata dia tidak tahu tentang berita tersebut, namun tiba-tiba sahaja namanya dipetik.

Demi Allah, saya tak tahu. Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan.

Ujarnya, dia terkejut apabila mendengar khabar angin tersebut. Dia juga telah menganggap Ina yang juga balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad itu seperti adiknya sendiri.

IKLAN

Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan.

Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya juga. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.

Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Malah, kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung.

Terdahulu, khabar angin mengatakan Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim bakal berkahwin dengan seorang artis nasyid apabila kad jemputan sudah pun diedarkan di kampung wanita itu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

ohmedia om featured new 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas